Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Beranak Maut: Polis Nafi Dakwaan Cinta Tiga Segi Jadi Punca

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berkaitan insiden pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, Bukit Bertajam pada Sabtu lalu.

Polis nafi dakwaan cinta tiga segi

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail menjelaskan, perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan, termasuk usaha mengenal pasti suspek sebenar dan motif di sebalik kejadian itu.

cinta tiga segi

Foto arkib: Bernama

“Saya menasihatkan orang ramai supaya henti buat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Dalam kejadian berkenaan, Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemukan maut di rumah sewa mereka.

cinta tiga segi

Foto: Media sosial

Mayat Sariya dijumpai di bahagian dapur, manakala anaknya ditemukan di tingkat atas.

Setakat ini, tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang lelaki warga Bangladesh telah direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel lain: Peguam Mohon Tukang Masak Dituduh Bunuh Duda Dirujuk Ke Psikiatri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, Azizee turut menolak dakwaan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada isu cinta tiga segi seperti yang tersebar di media sosial.

Terdahulu, segelintir pengguna media sosial ‘berkampung’ di akaun TikTok dipercayai milik Sariya sebelum mendakwa menemukan komen daripada seorang lelaki, dimana individu tersebut dilihat meninggalkan komen di hampir setiap hantaran dimuat naik mangsa.

cinta tiga segi

Foto: Threads

Sumber: Sinar Harian, Threads

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd