Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

CIMB Octo Dilapor Ganti CIMB Clicks Bermula 11 Jun Ini

Syarikat Perkhidmatan Kewangan, CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengumumkan akan menamatkan penawaran aplikasi CIMB Clicks yang berkuat kuasa pada 11 Jun depan.

Menerusi satu kenyataan, CIMB memaklumkan perkata tersebut sekali gus memberitahu aplikasi CIMB Clicks akan diggantikan dengan CIMB OCTO yang merupakan sebuah wajah baharu dan direka untuk menjadikan perbankan harian pelanggannnya lebih mudah dan lebih teratur.

Foto: The Star

“Kami beralih ke Aplikasi CIMB OCTO!.
“Dengan Aplikasi CIMB OCTO, ia adalah cara yang lebih mudah untuk mengurus kewangan anda dengan cepat dan selamat, memberikan pengalaman perbankan yang bijak dan diperibadikan,” katanya.

CIMB juga memberitahu bahawa aplikasi CIMB Clicks tidak lagi boleh dimuat-turun selepas tarikh tersebut dan akan dialih keluar daripada gedung AppStore, PlayStore dan juga AppGallery.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: my.glbnews.com

“Muat turun Apl CIMB OCTO daripada Apple App Store, Google Play Store atau Galeri Aplikasi Huawei hari ini.
“Masih menggunakan Aplikasi CIMB Clicks? Anda boleh terus menggunakannya tetapi tidak lama. Tukar kepada CIMB OCTO hari ini dan buka kunci pelbagai ciri baharu,” tambahnya lagi.

Sementara itu, CIMB juga turut menggalakkan pelanggan supaya memuat turun CIMB OCTO sebelum tarikh peralihan tersebut kerana aplikasi berkenaan didatangkan dengan penampilan yang telah diperbaharui, ciri-ciri pemperibadian tambahan dan alat perbankan pintar baharu untuk pelanggan CIMB.

Foto: CIMB

Untuk makluman, CIMB OCTO mempunyai ciri-ciri seperti Semakan akaun, Pindahan kepada CIMB/DuitNow/IBG, JomPAY, Tambah Nilai Prabayar Mudah Alih, Pengaktifan Notifikasi dan banyak lagi, sudah boleh digunakan oleh pelanggan CIMB dan telah pun tersedia di Apple AppStore dan Google Play Store.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: CIMB

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd