Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Cikgu Fadilah Buat Laporan Polis, Berang Video Aib Tersebar Di Media Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar di media sosial.

Cikgu Fadilah tak puas hati penyebaran video cemarkan maruah

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, guru wanita berusia 31 tahun itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan penyebaran video berkenaan yang dianggap mencemarkan maruahnya.

  Video Cikgu Fadilah dipercayai sudah dipadam

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan menerima laporan tersebut dan memaklumkan siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM).

Tambahnya, kes kini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan dan tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Cikgu Fadilah tidak berpuas hati apabila mendapati video seks dirinya tersebar selain polis turut membuka siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM).
Bagaimanapun, kita belum dapat menjejaki video berkenaan kerana dipercayai telah dipadam dari telefon bimbit berkenaan,” jelasnya kepada media.

 

cikgu fadilah

Artikel lain: Abang Wiring Dah Solat Taubat, Janji Bertanggungjawab Terhadap Cikgu Fadilah

Terdahulu, Nur Fadilah Zainal dan pasangannya Muhammad Hairul Ezuan Hamzah atau dikenali ‘Abang Wiring’ masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan cuba melakukan persetubuhan haram dengan bukan pasangan sah di sisi syarak.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Alor Gajah pada 28 Februari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau enam bulan penjara kepada kedua-duanya jika gagal membayar denda. Kes didakwa di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 kerana tiada peruntukan khas bagi kesalahan zina membabitkan pasangan bukan suami isteri.

Difahamkan, kedua-dua individu itu sudah berkahwin dan masing-masing mempunyai anak.

Kes ini mengundang perhatian ramai kerana turut membabitkan penyebaran video yang dikatakan berkait dengan perbuatan tersebut.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd