Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Chris Evans Malu Jadi Lelaki Paling Seksi 2022, Sedia Kena ‘Bahan’ Dengan ‘Member’

Baru-baru ini, bintang popular Amerika Syarikat, Chris Evans menerima anugerah Lelaki Paling Seksi sekaligus menjadikan dia pelakon filem francais Marvel kedua berturut-turut yang menerima penghormatan ini selepas Paul Rudd aka AntMan pada tahun 2021.

Menerusi temu bual bersama People, Chris memaklumkan dia agak terkejut dan agak segan apabila  menerima anugerah itu yang diakui People’s Magazine.

Bagaimanpun, dia meluahkan rasa gembira kerana ibunya begitu gembira dan bahagia apabila mengetahui dia berjaya merangkul gelaran kegilaan ramai itu serta dapat mengalahkan pelakon lelaki yang lain.

“Ibu saya akan merasakan amat-amat gembira. Dia berbangga dengan segala yang saya lakukan tetapi ini (gelaran ‘Sexiest Man Alive’) adalah sesuatu yang dia betul-betul boleh dia kongsikan dengan penuh bangga,” katanya.

Malah, ibunya tidak menafikan keluarga agak teruja namun,  dia mendedahkana tidak berasa terkejut dengan anugerah yang diterima anak lelakinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Chris turut mengatakan dia menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang bapa biarpun tidak dapat menjangkakan bila hari tersebut bakal tiba.

Sumber: People (Kara Warner)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd