Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

China Beri Amaran, Kutuk Negara Wajibkan Ujian COVID-19 Terhadap Rakyatnya

Sejak kebelakangan ini, kes penularan COVID-19 di kalangan pelancong terutamanya dari China semakin serius sehingga mencetuskan kebimbangan bagi segelintir negara.

Bagi membendung penularan itu daripada berleluasa di negara mereka, ada yang mengambil langkah mengenakan syarat ujian COVID-19 ke atas setiap penumpang warganegara China yang melakukan perjalanan ke luar negara.

Bagaimanapun, China semalam mengutuk negara yang mengenakan syarat ujian COVID-19 ke atas warganegaranya yang melakukan perjalanan ke luar negara.

Sehubungan itu, Beijing telah memberi amaran kepada negara-negara berkenaan bahawa pihaknya boleh mengambil tindak balas terhadap langkah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning dengan mengatakan tindakan beberapa negara terbabit dibuat tanpa asas saintifik dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Sesetengah negara mengambil sekatan kemasukan yang menyasarkan hanya pengembara China.
“Ini tidak mempunyai asas saintifik dan beberapa amalan tidak boleh diterima,” tegasnya.

Antara negara yang mengenakan syarat berkenaan adalah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Perancis dan Jepun yang mewajibkan pelancong dari China untuk mengemukakan ujian negatif COVID-19 sebelum ketibaan, susulan negara itu mengalami lonjakan kes.

Pada Disember tahun lalu, Beijing mengumumkan pengembara ‘inbound’ tidak lagi perlu dikuarantin sehingga menyebabkan ramai warganya bergegas merancang perjalanan ke luar negara setelah sekian lama menunggu peluang itu.

Difahamkan, ketidaktelusan mengenai data jangkitan dari China dan kemunculan risiko varian baharu menjadi punca mengapa pengembara republik itu disekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, China mencatatkan hanya 22 kematian berkaitan COVID-19 sejak Disember, selepas dikatakan mengecilkan kriteria untuk mengkategorikan kematian itu.

Sumber: Astro Awani

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Dunia

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengakui negara itu kini berdepan kekurangan bekalan bahan api susulan serangan berulang Ukraine terhadap kemudahan tenaga dan infrastruktur kritikal Rusia,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd