Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ceramah Agama Di Media Sosial Perlu Ada Tauliah – Menteri Agama

Kerajaan sedang mengkaji keperluan mewajibkan tauliah bagi penyampaian ceramah agama melalui platform digital dan media sosial, termasuk kemungkinan menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada.

Perlu ada tauliah

Memetik laporan Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, proses pentauliahan pengajar agama ketika ini masih berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Menurut beliau, individu yang memenuhi syarat ditetapkan akan diberikan tauliah, manakala mereka yang melanggar etika boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

“Setakat ini kita melihat bahawa setiap negeri itu mengawal dari segi aspek pentauliahan itu. Mereka yang (ada) kelayakan akan diberikan tauliah.
“Mereka yang ada melanggar apa-apa etika dan sebagainya akan diberikan amaran ataupun tidak diperbaharui, mahupun tidak diberikan tauliah,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia (PePSSM) Kali Kedua 2026 di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cabaran penguatkuasaan yang dihadapi pegawai agama dalam menangani isu penyampaian ceramah agama tanpa tauliah, khususnya menerusi platform digital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zulkifli menjelaskan, pihaknya masih meneliti pendekatan paling sesuai bagi menangani perkara berkenaan memandangkan ia membabitkan aspek perundangan yang perlu diperhalusi.

Dalam ucapannya pada persidangan itu, beliau berkata kerajaan komited menyokong usaha memperkukuh undang-undang Syariah agar sentiasa relevan dalam menghadapi cabaran semasa, terutama berkaitan jenayah siber.

Artikel lain: Tabung Haji Difitnah, Timbalan Menteri Agama Minta Penyebar Segera Bertaubat

Katanya, kerjasama strategik antara agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu diperkasakan bagi memastikan proses penguatkuasaan dan pendakwaan syariah terus berkesan serta mendapat kepercayaan masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pendakwaan syariah perlu bergerak seiring perkembangan teknologi.
“Pengurusan kes secara digital, penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta pemodenan prasarana dan sistem pengurusan kes hendaklah dimanfaatkan bagi meningkatkan kecekapan, ketepatan dan ketelusan penyampaian keadilan,” tambahnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia (Kamariah Khalidi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd