Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

CEO Selangor FC Pula Diancam, Mangsa Serangan Asid Seterusnya? – Pegawai Pasukan

Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) dilaporkan kini sedang dalam keadaan berjaga-jaga apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Johan Kamal Hamidon pula diancam serangan asid selepas pemain kebangsaan Faisal Halim.

Menurut satu laporan The Star, seorang pegawai pasukan Selangor FC memberitahu bahawa seorang yang tidak dikenali telah menghubunginya dan  mengatakan bahawa Dr Johan Kamal Hamidon akan menjadi mangsa serangan asid seterusnya, semasa sedang melawat Faisal Halim di hospital pada Ahad.

Foto: The Star

“Johan segera membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar mengesahkan keadaan Faisal Halim atau mesra disapa sebagai Mickey mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama, semalam.

“Tonggak jentera serangan Gergasi Merah itu bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi selepas ini.
“Apa yang saya boleh kata (keadaan Faisal), pergerakan dan percakapan beliau terbatas kerana kesannya ada di bahagian muka (iaitu) pipi, hidung dan mulut ada sikit,” katanya.

Foto: Media Sosial

Untuk makluman, pihak polis kini telah menahan dua orang lelaki masing-masing berusia 20-an dan 30-an yang disyaki terlibat dalam kes simbahan asid terhadap pemain Selangor FC tersebut, bagaimanapun motif serangan itu masih belum diketahui.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Star (T. Avineshwaran)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd