Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

CEO PSM Mengaku Tak Salah Tuduhan Rasuah Libat Tender Naik Taraf Pusat Skuasy Bukit Jalil

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tujuh pertuduhan rasuah berjumlah RM1.45 juta berkaitan tender projek menaik taraf Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil bernilai RM8.7 juta.

Mengaku tak bersalah atas pertuduhan

Memetik laporan daripada Bernama, tertuduh yang berusia 42 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Iliyas didakwa meminta rasuah sebanyak RM1 juta daripada seorang kontraktor sebagai balasan untuk memilih syarikat Aerolux Power Constructions Sdn Bhd memenangi tender Projek Menaik Taraf Gelanggang dan Kemudahan Sukan di Pusat Skuasy Nasional, Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perbadanan Stadium Malaysia di Sri Petaling pada 24 Februari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua kesalahan dilakukan di pejabat PSM

Selain itu, bagi pertuduhan kedua hingga ketujuh, beliau didakwa menerima wang tunai berjumlah RM450,000 daripada individu sama sebagai upah bagi memastikan syarikat terbabit memenangi tender projek berkenaan.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di pejabat PSM dan sebuah restoran di Sri Petaling antara 25 Februari hingga 13 April lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pada prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat memohon jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin serta beberapa syarat tambahan termasuk menyerahkan dokumen perjalanan, melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya telah digantung tugas dan masih mempunyai tanggungan keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan Iliyas diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia serta menetapkan 27 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Sumber: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd