Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cemburu Isteri Curang, Lelaki Tikam Rakan Serumah Sebelum Gantung Diri

Rasa cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga Bangladesh bertindak membunuh rakan serumahnya sebelum menggantung diri di rumah sewa mereka di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal, malam tadi.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian sekitar jam 7 malam itu terbongkar selepas seorang lagi rakan serumah menemui kedua-dua lelaki terbabit sudah tidak bernyawa di dalam rumah berkenaan.

cemburu

Foto: Sinar Harian

“Mangsa berusia 42 tahun ditemukan terbaring berlumuran darah di dapur, manakala suspek berusia 31 tahun dipercayai menggantung diri di kipas bilik yang berkunci,” katanya.

Artikel lain: Dua Beradik Ditemui Maut Dalam Rumah Sewa, Jiran Dakwa Terdengar Jeritan

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa cemburu suspek selepas mengetahui isterinya, seorang warga Indonesia yang pernah tinggal bersama mereka, menjalinkan hubungan sulit dengan mangsa.

cemburu

“Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui 21 kesan tikaman dan tetakan pada kepala serta badan mangsa. Polis turut merampas sebilah parang dan dua bilah pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden itu,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd