Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Lepasi Sasaran Kementerian Kewangan! Jabatan Kastam Capai Kutipan Hasil RM73.27 Bilion

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatat pencapaian memberangsangkan apabila kutipan hasil setakat semalam mencecah RM73.27 bilion, sekali gus mengatasi sasaran semakan semula bagi tahun 2025 yang ditetapkan Kementerian Kewangan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, jumlah kutipan itu melepasi unjuran semakan semula sebanyak RM73.26 bilion yang ditetapkan pada 10 Oktober lalu.

Capai kutipan hasil RM73.27 bilion

Capai kutipan hasil RM73.27 bilion

Beliau menjelaskan, pada peringkat awal tahun ini, Kementerian Kewangan menetapkan sasaran kutipan hasil JKDM sebanyak RM67.25 bilion.

“Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan mengeluarkan perincian Anggaran Hasil Persekutuan di dalam Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2026 pada 10 Oktober 2025.
“Berdasarkan perincian itu, unjuran Cukai Tidak Langsung 2025 bagi JKDM dibuat semakan semula dari RM67.25 bilion ke RM73.26 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel lain: KWSP Catat Pendapatan Pelaburan RM63.99 Bilion, Naik 11% Dalam Tempoh Sembilan Bulan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Capai kutipan hasil RM73.27 bilion

Menurut Anis, setakat semalam JKDM merekodkan kutipan hasil berjumlah RM73.27 bilion, melebihi sasaran asal RM67.25 bilion dengan lebihan RM6.02 bilion atau bersamaan 108.95 peratus.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd