Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Cadangan Akta Anti Buli Guna Tribunal Dibawa ke Kabinet – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan cadangan kajian bagi mewujudkan Akta Anti Buli dengan menggunakan sistem tribunal khusus untuk kes membabitkan pelajar dan kanak-kanak akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Cadangan itu akan dibincang di Kabinet,” kata Anwar ringkas ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa Malaysia masih belum mempunyai undang-undang khusus berkaitan buli. Ketika ini, kesalahan sedemikian hanya ditangani melalui Kanun Keseksaan serta peruntukan undang-undang lain.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan kerana dalam banyak kes, pelaku dan mangsa merupakan kanak-kanak, sekali gus menjadikan Akta Kanak-Kanak turut terpakai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azalina mencadangkan agar sistem tribunal diwujudkan bagi mendengar kes-kes buli melibatkan kanak-kanak dan pelajar sekolah, sepertimana mekanisme yang diguna pakai di bawah Akta Antigangguan Seksual. Beliau juga memaklumkan pihaknya akan meneliti model undang-undang anti buli di beberapa negara lain sebagai rujukan.

Cadangan ini muncul susulan kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir di Papar, Sabah yang dikaitkan dengan perbuatan buli. Tragedi itu mencetuskan gerakan ‘Justice for Zara’ di seluruh negara.

Pagi tadi, lima remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu berhubung kes berkenaan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana mengugut dengan perkataan berunsur ancaman.

Sumber: Astro Awani (Faida Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd