Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Budak Lelaki Terperangkap 30 Minit, Terjatuh Ke Dalam Longkang Selepas Papan Penutup Patah

Satu hantaran tular di Facebook oleh laman @khas warga Hulu Langat merakamkan detik cemas melibatkan seorang budak lelaki yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Gurney, Dato’ Keramat, namun berjaya diselamatkan hasil kepekaan seorang rider Lalamove.

Budak lelaki jatuh dalam longkang selepas pijak papan penutup

Menurut perkongsian Tuan Asri Tuan Aliwi, rider berkenaan sedang menghantar pesanan ke kawasan sekitar Balai Felda sebelum terdengar bunyi tangisan seorang kanak-kanak.

budak lelaki

Foto: FB @Khas warga HULU LANGAT

Berasa pelik dan bimbang, dia bertindak mencari punca bunyi itu sehingga menemui seorang budak lelaki berada di dalam sebuah longkang berhampiran.

Artikel lain: Dua Pemuda Sanggup Redah Hujan, Bantu Warga Emas Terperangkap Dalam Ribut

Kanak-kanak tersebut dipercayai terjatuh selepas terpijak penutup longkang yang telah rosak dan patah. Difahamkan, mangsa berada di dalam longkang hampir 30 minit sebelum disedari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Adik ni terjatuh ke dalam longkang hampir setengah jam sebab papan penutup longkang patah. Allahuakbar, nasib baik masa tu tak hujan,” katanya.
budak lelaki

FB @Khas warga HULU LANGAT

Tanpa berlengah, rider tersebut meminta bantuan orang awam yang melalui kawasan itu bagi membantu mengeluarkan kanak-kanak berkenaan. Kerjasama orang ramai membolehkan operasi menyelamat dilakukan dengan lancar.

Nasib menyebelahi mangsa apabila longkang berkenaan tidak dipenuhi air ketika kejadian, sekali gus mengelakkan sebarang kecederaan serius.

“Alhamdulillah, adik ni selamat dan tak cedera,” ujarnya.
budak lelaki

FB @Khas warga HULU LANGAT

Insiden ini mengundang rasa syukur dalam kalangan netizen yang memuji tindakan pantas rider tersebut serta keprihatinan orang awam yang sanggup membantu tanpa berlengah.
Dalam masa sama, orang ramai turut menyeru pihak berkuasa tempatan khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar segera membaiki dan menggantikan penutup longkang yang rosak dengan struktur lebih kukuh.

Allahuakhbar… bahayanya

budak lelaki

Nasib tak hujan lebat

Tutup pakai papan je?

budak lelaki
Sumber: Facebook @Khas warga HULU LANGAT

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sosial

Himpunan RXZ Members 8.0 mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar sejak program itu diperkenalkan pada 2017....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd