Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bongkar Kuil Haram! Peguam Tak Setuju Dua Aktivis Ditahan – “Tak Patut Layan Sebagai Penjenayah”

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan kuil haram.

Presiden PPMM, Muhamad Hisham Marzuki menegaskan bahawa aktivis yang membongkar kejadian pencerobohan tanah, membuat laporan atau mengkritik binaan sembahan haram tidak sepatutnya dilayan seperti penjenayah.

“Jika kenyataan mereka perlu direkodkan, proses perundangan yang betul harus dijalankan tanpa sebarang intimidasi, penahanan atau rampasan telefon sehingga permohonan reman,”
“Kuasa yang ada adalah amanah dan tidak wajar disalahguna untuk menakutkan rakyat daripada menyatakan kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

PPMM memaklumkan bahawa dua aktivis telah diambil tindakan pada Selasa lalu iaitu aktivis Tanah Negara, Tamim Dahri disiasat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Bukit Aman dan telefonnya dirampas.

Sementara itu, aktivis Randuk Malaysia dan Pengerusi Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (IDENTITI), Islah Wahyudi ditahan di lokap IPD Sepang semalaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Penahanan dan rampasan sebegini, jika berleluasa akan memberikan impak negatif terhadap kepercayaan rakyat ke atas kedaulatan undang-undang. 
“Puan Majistret Khairatul Animah binti Haji Jelani kemudiannya menolak permohonan reman ke atas Islah Wahyudi dan memerintahkan pembebasannya serta-merta,” ujar Muhamad Hisham.

Beliau juga menekankan bahawa pihak berkuasa harus menumpukan kuasa mereka terhadap mereka yang melanggar undang-undang, termasuk penceroboh tanah atau pembina binaan haram, tanpa bersikap memilih (selective enforcement).

“Adalah lebih mustahak agar kuasa yang ada digunakan untuk menegakkan undang-undang secara adil, bukannya untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mendedahkan salah laku atau isu pencerobohan,” tegasnya lagi.

Dalam masa yang sama, PPMM menggesa agar hak dan perlindungan rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan dihormati sepenuhnya, dan penguatkuasaan undang-undang dijalankan tanpa tunduk kepada sebarang tekanan daripada pihak luar.

Sumber: Facebook PPMM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Adik kepada wanita yang pernah tular dikasari suami hingga koma, Jahidah Nordin, Fauziah Nordin telah bersuara apabila mendakwa kes seorang isteri dipukul hingga keguguran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd