Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Berlumba Haram Di Hat Yai, 10 Rakyat Malaysia Didenda Polis Thailand

Sepuluh rakyat Malaysia dikenakan denda oleh pihak berkuasa Thailand selepas didapati terlibat dalam perlumbaan haram di sekitar kawasan Pasar Malam Greenway, Hat Yai, pada Jumaat lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, kesemua mereka, terdiri daripada lelaki dan wanita berusia antara 21 hingga 25 tahun, ditahan selepas polis menerima aduan daripada penduduk tempatan mengenai gangguan bunyi bising dan gangguan lalu lintas yang berpunca daripada aksi lumba haram.

Foto: Buletin TV3

Jelas Timbalan Ketua Polis Pelancong Thailand Wilayah Ketujuh, Leftenan Kolonel Sakarin Anusaman Sakul, orang awam turut memaklumkan bahawa mereka melihat beberapa buah kereta dengan nombor pendaftaran Malaysia berlumba di kawasan itu.

Bertindak atas maklumat tersebut, pihak polis Kho Hong dengan bantuan pegawai pelancong dan trafik menjalankan siasatan dan berjaya mengenal pasti identiti mereka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Kira-kira 11 pagi semalam (waktu Thailand), pihak polis berjaya mengesan kumpulan berkenaan bersama enam kenderaan dan semua individu ditahan.
“Enam kenderaan tersebut termasuk sebuah Honda Civic Type R dan Mercedes-Benz,” katanya.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk menghalang lalu lintas, memandu secara berbahaya, serta mengubah suai kenderaan menggunakan alat ganti yang tidak mematuhi piawaian dan tidak melengkapkan kelengkapan wajib pada kenderaan masing-masing dan enam buah kenderaan terbabit turut disita sebagai sebahagian daripada tindakan pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo!

“Sebagai tanda kesal, kesemua mereka turut melakukan isyarat tradisional Thailand iaitu ‘wai’ sebagai permohonan maaf.
“Mereka memohon maaf atas tindakan dan gangguan yang ditimbulkan. Mereka juga berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut,” ujarnya. 

Setelah tindakan selesai diambil, kumpulan tersebut diarahkan pulang ke Malaysia dengan serta-merta.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd