Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Berkelah Di Kawasan Larangan, Lima Sekeluarga Dihanyutkan Kepala Air

Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak meninggal dunia selepas dihanyutkan kepala air ketika sedang berkelah bersama keluarga berhampiran Empangan Bushi di Lonavala, India pada Ahad.

Memetik laporan Indian Exress, tiga daripada mangsa iaitu Ameena Salman alias Adil Ansari, 13, adiknya Umera Salman alias Adil Ansari, 8, dan seorang wanita, Shahista Liyakat Ansari, 37, berjaya ditemui pada hari kejadian.

Lima sekeluarga dihanyutkan kepala air

Lima Sekeluarga Dihanyutkan Kepala Air

Sementara itu, dua lagi mangsa ditemui pada keesokan harinya semasa operasi menyelamat yang mana Mariya Akil Sayyad, 9, ditemui pada pagi manakala Adnan Sabhahat Ansari, 4, pula ditemui pada petang hari.

Sebelum kejadian, 19 orang ahli keluarga Liyakat Ansari dan Yunus Khan termasuk pasangan yang baru berkahwin telah datang ke Lonavala dalam satu kenderaan peribadi untuk pelancongan monsun pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Selepas Keluar Rumah Beli Ubat

Keluarga itu telah berkelah berhampiran dengan Empanga Bushi di Lonavala dan pihak polis mengesyaki aliran sungai tidak kuat ketika keluarga tersebut baru sampai.

Lima Sekeluarga Dihanyutkan Kepala Air

Namun disebabkan hujan lebat, aliran sungai menjadi kuat sehingga 10 daripada 19 ahli keluarga itu dihanyutkan kepala air sekitar pukul 3 petang.

Bagaimanapun, lima daripada mereka berjaya diselamatkan manakala lima lagi dihanyutkan takungan air yang menghubungkan empangan itu dan meninggal dunia sebelum ditemui.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lima Sekeluarga Dihanyutkan Kepala Air

Sementara itu, pasangan yang baru berkahwin pula hanya mengalami kecederaan ringan dan kedua-duanya berada dalam keadaan yang stabil.

Menurut pihak polis, kejadian tersebut berlaku di kawasan larangan yang berada di bawah bidang kuasa Keretapi India dan Jabatan Hutan.

“Kejadian berlaku kira-kira dua kilometer daripada Empangan Bhushi. Terdapat beberapa papan tanda melarang pelancong untuk masuk ke kawasan itu,” kata pegawai polis dari daerah Lonavala.

Disebabkan kejadian itu, pihak berkuasa di Lonavala bakal melakukan pemantauan bagi mengenalpasti kawasan yang berbahaya disamping bercadang untuk menyekat kemasukan orang ramai ke kawasan itu semasa musim hujan.

Sumber: Indian Express

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd