Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Arah IPTA Beri Kelonggaran Pendaftaran Pelajar Terjejas Banjir Di Sabah, Sarawak

⁠Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengarahkan semua IPTA untuk memberikan kelonggaran dalam urusan pendaftaran kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan bencana banjir di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan tidak ada pelajar yang tertinggal peluang melanjutkan pengajian.

Beri kelonggaran pendaftaran

Beri kelonggaran pendaftaran

⁠”Kepada para pelajar bakal mahasiswa serta ibu bapa yang sedang berdepan dengan dugaan banjir, khususnya yang bakal mendaftar masuk ke universiti awam dalam masa terdekat, janganlah bimbang atau gusar.
“Saya menyeru kepada mereka yang terkesan agar menghubungi pihak universiti masing-masing untuk memaklumkan keadaan sebenar.
“Pihak universiti akan membantu dan memberi ruang secukupnya demi memastikan tidak ada pelajar yang tertinggal peluang melanjutkan pengajian,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, baru-baru ini.

Artikel lain: Anwar Jemput Perdana Menteri Thailand Baharu Buat Kunjungan Ke Malaysia

Beri kelonggaran pendaftaran

Sementara itu, KPT melalui Majlis Kesukarelawanan Siswa Universiti Malaysia (MASKUM) dan pasukan kesukarelawanan IPTA akan digerakkan bagi membantu kerja-kerja sukarelawan di kawasan terjejas, termasuk sokongan logistik, bantuan komuniti, dan pemulihan pasca banjir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa simpati kepada rakyat yang terlibat dengan bencana banjir dan berharap dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam mendepani ujian tersebut.

Sumber: Facebook @Zambry Abd. Kadir 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd