Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bentang di Parlimen pada Jumaat? Anwar Ibrahim Dalam Proses Siapkan Belanjawan 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih dalam proses menyediakan Belanjawan 2023, yang dijadual akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini.

“Saya nak balik ke pejabat (sekarang), saya sedang mengusahakannya (belanjawan),” katanya Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan secara ringkas kepada pemberita, semasa ditanya mengenai persiapan menjelang pembentangan belanjawan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutup Persidangan Antarabangsa Abdulhamid Abusulayman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa, dan pada masa yang sama memacu pertumbuhan ekonomi negara, di samping menarik pelaburan.

Menurutnya kerajaan juga mengambil kira daya saing negara, kepantasan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu, termasuk pendigitalan dan penggunaan mampan serta pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Lokal

Polis sedang mengesan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat...

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd