Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bendera Johor Terbalik: Pasar Raya Mini Diarah Tutup 30 Hari

Sebuah mini pasar raya di Pekan Nanas diarahkan tutup selama 30 hari selepas dikesan mengibarkan bendera Johor terbalik, semalam.

Kes bendera Johor terbalik

Menurut laporan Malaysia Gazette, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abdul Azim Shamsuddin berkata, notis penutupan premis berkenaan telah dikeluarkan serta-merta bermula semalam.

Menurutnya, tindakan memasang bendera Johor terbalik itu diambil kerana pemilik premis didapati melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan (MDP) 2019 berkaitan pemasangan bendera.

Bendera Johor terbalik

Foto: Video tular

“Tindakan penutupan ini dibuat mengikut UUK 49(2) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua untuk menutup mana-mana premis yang melanggar syarat lesen atau undang-undang kecil.
“Bagaimanapun, pemilik premis masih boleh mengemukakan rayuan bertulis dalam tempoh penutupan itu, namun keputusan lanjut tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua MPPn,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Azim turut mengingatkan orang ramai termasuk pengusaha premis perniagaan agar lebih berhati-hati dalam pemasangan bendera, terutama menjelang sambutan Bulan Kebangsaan.

bendera johor terbalik

Foto: Video tular

Artikel lain: Klinik Gigi Di Pontian Diarah Tutup 30 Hari Lepas Kibarkan Jalur Gemilang Terbalik

“Jalur Gemilang dan bendera Johor adalah lambang dan tanda penghormatan kepada kedaulatan negara dan negeri.
“Pemilik premis perniagaan khasnya jangan membiarkan pekerja mereka memasang bendera tanpa dipantau dan disemak. Pemilik premis perniagaan perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh pekerja mereka,” tegasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan pemantau khas bagi memastikan pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Johor dilakukan dengan betul di kawasan tersebut.

“Sekiranya terdapat kesilapan dalam pemasangan bendera, pasukan berkenaan akan terus membantu serta membetulkannya.
“Kita berharap insiden melibatkan pemasangan bendera secara terbalik tidak berulang dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd