Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bayaran Mungkin Dikenakan Untuk Lesen Memandu Fizikal Bermula Tahun Depan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan kemungkinan bayaran akan dikenakan untuk cetakan fizikal lesen memandu bermula tahun depan.

Menurut laporan MalaysiaGazette, pengumuman itu dibuat susulan rungutan berterusan daripada orang ramai yang masih mahukan lesen memandu dalam bentuk fizikal walaupun sistem digital telah dilaksanakan.

“Jadi dari segi itu, kita akan tambah baik. Awal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif iaitu kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen memandu mereka secara fizikal, mungkin mereka kena bayar untuk pencetakan kad fizikal itu,” katanya pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Aplikasi MyJPJ yang diperkenalkan dua tahun lalu telah berjaya menarik seramai 13.7 juta pengguna yang kini menyimpan data lesen memandu dan cukai jalan secara digital.

Sehingga 31 Oktober tahun ini, lebih sejuta transaksi telah direkodkan melalui aplikasi MyJPJ dengan nilai hampir RM121 juta melibatkan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, aplikasi JPJ eBid untuk pendaftaran nombor plat kenderaan turut mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan 10.7 juta pengguna.

Kementerian Pengangkutan tetap komited dalam usaha pendigitalan dan akan terus mencari penambahbaikan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan jabatan kerajaan.

Pengumuman tersebut dibuat semasa sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat sebagai jawapan kepada soalan tambahan daripada Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai keberkesanan pengenalan lesen memandu dan cukai jalan secara digital.

Sumber: MalaysiaGazette (Khuzairi Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd