Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bawa Masuk Bahan Terlarang Dalam Lokap, Koperal Didakwa Terima Suapan

Seorang anggota polis berpangkat koperal tidak mengaku bersalah di atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM1,450 serta menyeludup bahan tembakau ke dalam lokap.

Memetik laporan Harian Metro, setelah dua pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mohd Azhar Othman, suspek Muhamad Alif Abdul Jamal mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan iaitu menerima suapan RM1,000 dan RM450 menerusi seorang wanita dengan tujuan membawa masuk tembakau kepada salah seorang tahanan lokap.

Foto: Kosmo! Online

Alif didapati melakukan kesalahan tersebut di pusat tahanan Balai Polis Chukai, Kemaman pada 17 April 2021 dan 30 November 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, tuduhan ke atas suspek didakwa menerusi Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan berpotensi menerima hukuman dibawah Seksyen 24 akta yang sama.

Sekiranya bersalah, Alif akan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Foto: Buletin TV3

Susulan itu, sebutan semula kes akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah iaitu 5 Jun dan tertuduh diberi kebenaran untuk diikat jamin sebanyak RM4,000 bagi kesemua pertuduhan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain dilarang mengganggu saksi pendakwaan, tertuduh juga perlu melapor diri ke pejabat SPRM terdekat sehingga kes selesai pada setiap bulan antara 1 hingga 7 hari bulan.

Sehubungan itu, peguam, Masliela Ismail merupakan wakil tertuduh manakala Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mariah Omar dan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Raihan Mohd Yusof selaku pengendali pendakwaan terbabit.

Sumber: Harian Metro (Zatul Iffah Zolkiply)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd