Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Bas Langgar Pokok di UPM: Pemandu Didakwa Hari Ini

Pemandu bas persiaran yang terbabas dan melanggar pokok sehingga menyebabkan seorang guru serta tiga murid cedera ringan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Jumaat lalu, akan dihadapkan ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Pemandu didakwa hari ini

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) semalam untuk tindakan lanjut.

bas

Foto: BH

“Kes telah dibentangkan kepada TPR dan mendapat arahan supaya dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu akan dituduh di mahkamah pada hari ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu, bas berkenaan yang dipandu lelaki berusia 44 tahun membawa lima guru pengiring serta 30 murid dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di kawasan UPM.

Artikel lain: Nahas UPSI: Laporan Dedah Bas Dipandu Sekali Ganda Melebihi Had Laju

Akibat kemalangan itu, seorang guru dan tiga murid mengalami kecederaan ringan manakala penumpang lain dilaporkan selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, semua mangsa yang cedera telah menerima rawatan di hospital berdekatan.

bas

Foto: Sinar Harian

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan detik kemalangan berkenaan turut tular di media sosial sehingga  mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Sumber: Berita Harian

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd