Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Ditahan Selepas Ugut Guru Tangkap Anak Merokok

Seorang bapa ditahan selepas ugut dan marah guru kerana mengambil tindakan terhadap anaknya yang didakwa merokok di kawasan sekolah di Kota Kinabalu pada Selasa.

Pihak polis telah menahan lelaki berusia 49 tahun kira-kira pada pukul 9 pagi selepas menerima laporan daripada guru terbabit, lapor Berita Harian.

No photo description available.

Foto: Facebook Polis Daerah Kota Kinabalu

Menurut sumber, guru berusia 40 tahun itu menahan pelajar bakal menduduki peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tersebut yang sedang merokok di tandas sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, pelajar berusia 17 tahun itu dikatakan sempat menghubungi bapanya yang kemudian datang ke sekolah dan cuba menyerang guru tersebut.

“Keadaan tegang apabila lelaki terbabit yang datang dalam keadaan marah kerana mendakwa guru terbabit memukul anak lelakinya.
“Guru berkenaan menerangkan kejadian sebenar membabitkan pelajar itu namun bapa terbabit tidak dapat menerima dan terus memaki hamun serta mengamuk di dalam kawasan sekolah,” katanya.

Tambah sumber berkenaan, bapa pelajar itu turut bertindak agresif termasuk menolak dan mencekik guru berkenaan sehingga hampir terjatuh.

Bapa ditahan selepas ugut guru

Dalam pada itu, beberapa guru di sekolah berkenaan turut membantu menenangkan keadaan dan sempat dirakam beberapa individu lalu ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan penahanan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Zaidi berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap guru sekolah itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata pelajar terbabit masih dibenarkan mengambil SPM walaupaun sudah dibuang sekolah.

Raisin menjelaskan, pihak JPN Sabah juga telah mengesahkan kejadian pelajar terbabit merokok di dalam tandas sekolah.

“Setiap calon SPM hendaklah akur kepada peraturan sedia ada di sekolah selain menjadi tingkah laku yang baik agar tidak menggangu perjalanan peperiksaan.
“JPN Sabah sentiasa komited memastikan peperiksaan awam berjalan lancar dan semua calon SPM berada dalam keadaan tenteram dan selesa ketika menjawab soalan peperiksaan,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Juwan Riduan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd