Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Banjir Taiping: “Baca Doa Yah… Tolong!” – Wanita Jerit Cemas, Lelaki Gendong Bayi Dalam Air Paras Pinggang

Banjir Taiping: “Baca Doa Yah... Tolong!”

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir di kawasan perumahan Taiping malam Khamis bertukar pilu.

Dalam rakaman berdurasi 19 saat itu, kedengaran tangisan dan laungan Allahuakbar di sebalik limpahan air yang sudah mencecah paras pinggang, manakala seorang lelaki pula menzahirkan ketakutan terhadap keselamatan keluarga kecilnya.

“Habislah rumah aku… kesian anak aku ni… aku takut anak aku ni… Allahuakbar,” katanya dalam nada sayu.

Banjir Taiping: “Baca Doa Yah… Tolong!”

Menerusi gambar yang dikongsi di media sosial, seorang lelaki dilihat menggendong tinggi bayi kecil sambil bergelut menyelamatkan diri bersama keluarga. Beberapa mangsa lain pula kelihatan memanjat bumbung kenderaan untuk berlindung sementara menunggu bantuan tiba.

Suasana menyayat hati itu mengundang rasa simpati warga maya yang memenuhi ruang komen dengan doa dan pesanan agar semua penduduk segera berpindah ke lokasi selamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak petang yang menyebabkan air melimpah ke kawasan kediaman.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Perak, sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka sejak jam 7.30 malam bagi menempatkan mangsa terjejas.

Antara PPS yang dibuka ialah Dewan Orang Ramai Simpang Halt, Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong, Dewan Perdana Trong, Dewan Serbaguna Masjid Al Wusta Batu 8, Masjid Ali Rouse dan Sekolah Kebangsaan Simpang.

“Jumlah mangsa dan keluarga terlibat masih dalam proses pemindahan,” katanya.

Artikel lain: JPS Perkukuh Sistem Amaran Awal Banjir, Komited Lindungi Rakyat Dari Risiko

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, di daerah Manjung, PPS Sekolah Sungai Batu, Pantai Remis dibuka jam 8 malam bagi menempatkan 180 mangsa daripada 44 keluarga selepas kediaman mereka di Kampung Sungai Batu dan Kampung Nelayan turut dilanda banjir.

PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Pengkalan Baru pula dibuka pada jam 8.30 malam dengan proses pemindahan mangsa masih diteruskan.

Ketika ini, pihak berkuasa bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menjalankan operasi pemantauan dan pemindahan bagi memastikan keselamatan semua mangsa di kawasan terjejas.

Sumber: Threads Rahayu Ridzuan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd