Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Banduan Mengaku, Liwat Rakan Sel Di Penjara Sungai Udang

Seorang banduan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini atas pertuduhan liwat dan melakukan seksual terhadap rakan selnya pada 25 November lalu.

Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Mohd. Sabri Ismail bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Akhirin Hufri, 47.

Prosiding akan kembali berlangsung pada 10 Januari depan bagi menunggu serahan fakta kes oleh pihak pendakwaan.

Berdasarkan dua kes pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii (liwat). Menurut laporan, tertuduh telah meliwat mangsa yang berusia 22 tahun secara paksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

liwat

Artikel lain: Dakwaan Sebut Perkataan Jelik Terhadap PM, Radzi Jidin Digesa Bertaubat

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh turut mengaku bersalah melakukan persetubuhan terhadap mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 377CA kanun sama, yang memperuntukan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Difahamkan, kesemua perbuatan tersebut dilakukan oleh tertuduh kira-kira pada jam 12 tengah malam di sebuah sel Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.

liwat

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd