Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bakal Dibebaskan Bulan Depan, Banduan Dipenjara Lagi 14 Bulan Kerana Hempas Bayi

Seorang banduan yang dijangka dibebaskan bulan depan terpaksa menyambung hukuman penjara selepas dijatuhi hukuman tambahan oleh Mahkamah Sesyen di Parit Raja, hari ini, kerana menghempas anak perempuannya sehingga benjol di dahi, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Shaffik Amat Zairudin, 29, yang ketika ini sedang menjalani hukuman penjara empat bulan, mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menyebabkan kecederaan terhadap anak perempuan berusia 14 bulan.

Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh tangkapan pada 8 April lalu.

Mahkamah turut memerintahkan bekas pekerja landskap itu berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM2,000 daripada seorang penjamin serta menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, tertuduh gagal mendapatkan penjamin menyebabkan mahkamah menggantikan perintah bon berkelakuan baik itu dengan denda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayarnya.

Dia kemudian gagal membayar denda berkenaan dan dikenakan tambahan hukuman penjara dua bulan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mencederakan anak perempuannya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dalam kejadian di sebuah rumah di Parit Raja pada jam 11 malam, 7 April lalu.

Berdasarkan fakta kes, ibu tertuduh berusia 62 tahun membuat laporan polis selepas melihat anaknya mengangkat dan menghempas bayi tersebut ke lantai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengadu kemudian menasihati tertuduh, namun lelaki itu bertindak agresif dengan mengugut mahu membunuh semua individu dalam rumah sambil mengacukan sebilah pisau.

Polis kemudian menahan tertuduh pada jam 3 pagi keesokan harinya bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati terdapat dua saksi kejadian iaitu bapa serta isteri tertuduh sendiri yang melihat tindakan lelaki berkenaan menghempas mangsa.

Siasatan turut mendapati tertuduh bertindak demikian kerana marah anaknya tidak mahu tidur walaupun sudah lewat malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Siti Farha Garieb daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Sukan

Skuad kuadran negara muncul juara dunia selepas menewaskan India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Kuartet...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd