Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Astro Semakin Terjejas Gara-Gara Langganan Dan Hasil Iklan Lemah

Langganan dan hasil iklan yang lemah terus menjejaskan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) apabila penganalisis mendedahkan prestasi suku pertama tahun kewangan 2024 berada di bawah jangkaan.

Menurut laporan Berita Harian, Penganalisis Kenanga Research, Teh Kian Yeong memaklumkan perkara tersebut berlaku disebabkan gabungan penguncupan pendapatan dan perbelanjaan operasi lebih tinggi, yang melebihi rangsangan diterima daripada cukai yang lebih rendah.

“Seperti yang dinyatakan di atas, pendapatan diseret oleh kelemahan pada segmen televisyen, manakala segmen radio gagal menarik perhatian dengan keuntungan sebelum cukai yang mendatar.
“Daripada taklimat bersama penganalisis yang diadakan, Astro optimistik dengan daya tarikan perkhidmatan penstriman, sooka yang baharu bagi menarik pelanggan muda.
“Syarikat mengunjurkan bahawa ini akan membolehkan Astro untuk berkembang menjangkaui daripada asas legasi syarikat, terutamanya terdiri daripada generasi lebih tua. Oleh itu, kumpulan akan fokuskan sumber untuk meningkatkan perkhidmatan baharu ini,” katanya.

Difahamkan, keuntungan Astro telah menjunam 84.11 peratus kepada RM15.9 juta pada suku pertama berakhir 30 April 2023, daripada RM100.02 juta, apabila perolehan terkesan oleh kerugian tukaran asing belum direalisasi lebih tinggi.

Bukan itu sahaja, penurunan dalam hasil langganan, pengiklanan dan jualan barang dagangan telah mengakibatkan Pendapatan merosot 7.38 peratus kepada RM891.13 juta daripada RM962.09 juta pada suku pertama 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, Kian Yeong memberitahu Astro berharap kadar langganan jalur lebar baharunya dapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

“Ini disokong oleh pertumbuhan dua angka yang kukuh sebanyak 28 peratus dalam tempoh setahun untuk asas pelanggan Astro Fibre. Pada suku pertama 2024, liputan telah diperluaskan untuk mencapai 118,000 tambahan rumah di Sabah melalui perkongsian Astro dengan Celcom Timur. Ini menambah kepada bilangan enam juta rumah sedia ada dengan kerjasama Telekom Malaysia.
“Bagaimanapun, Astro percaya bahawa pendapatan untuk segmen beli-belah rumahnya akan kekal suram memandangkan halangan yang berterusan, termasuk peningkatan inflasi dan kadar faedah.
“Oleh itu, pendapatan kukuh yang dicapai semasa tempoh pandemik tidak akan berulang menuju ke hadapan. Ini sepadan dengan jangkaan ramalan tahun kewangan 2024 kami bahawa pendapatannya akan jatuh lebih separuh berbanding tahap tahun kewangan 2021,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Hazwan Faisal Mohamad)

+ posts

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Lokal

Seorang pgawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan dilaporkan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan kes bunuh seorang pelajar tingkatan lima yang dibacakan terhadapnya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd