Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Army Teruja Langgan Disney+ Demi Konsert BTS Permission To Dance On Stage LA

Berita baik buat peminat kumpulan muzik Kpop khususnya BTS, kini para Army boleh melayan konsert BTS Permission to Dance on Stage LA secara rasmi di Disney+ Hotstar mulai hari ini termasuk di Malaysia.

Khabar baik itu dimaklumkan sendiri oleh pihak Disney+ sendiri menerusi media sosial mereka bersempena meraikan Disney+ Day.

Dalam keterangan video tersebut, Disney+ mengatakan konsert Permission to Dance yang diadakan di Stadium SoFi, Los Angeles oleh kumpulan Korea Selatan itu buat pertama kalinya bertukar menjadi ‘ungu’.

“Purple colours the city of Los Angeles, as BTS brings their Permission to Dance concert to SoFi Stadium for the first time in two years,”tulis Disney+.

Sekadar info, konsert itu berlangsung pada 27, 28 November dan 1 dan 2 Disember 2021 yang memfokuskan kepada persembahan lagu hit yang dicalonkan dalam Grammy seperti Dynamite, Butter dan Permisson To Dance.

Filem ini diterbitkan oleh HYBE iaitu sebuah penerbitan Den of Thieves bersama-sama dengan Borderless Films.

    

Susulan khabar gembira itu diumumkan, ramai peminat kumpulan tersebut khususnya Army meluahkan keterujaan untuk menonton konsert idola kesayangan mereka seperti Jungkook, RM, Jimin, SUGA, V, JHope dan Jin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, ada yang tidak sabar dan terus melanggan video penstriman atas talian itu, Disney+ Hotstar sejurus selepas itu.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd