Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Anwar Lancar RIBAT, HMLTV Pertama Keluaran Negara – “Ia Dinamakan Sendiri Oleh PM”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan “RIBAT”, kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) pertama yang direka bentuk dan dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan Mildef International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).

Pelancaran tersebut bersempena acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Lebih menarik, RIBAT dinamakan sendiri oleh Perdana Menteri yang membawa nilai simbolik tinggi, serta merujuk kepada semangat berkawal mempertahankan tanah air yang berteraskan iman, patriotisme dan teknologi.

Anwar lancar RIBAT

Anwar lancar RIBAT

RIBAT merujuk kepada amalan menjaga dan mengawal di persempadanan untuk mempertahankan keselamatan umat. la melambangkan kesiapsiagaan, keberanian, dan semangat pengorbanan demi tanah air.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada majlis itu, Anwar menyaksikan majlis mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MILDEF dengan syarikat pertahanan utama Indonesia PT PINDAD dan kerjasama tersebut membuka peluang eksport, pemindahan teknologi serta integrasi sistem antara kedua-dua negara serantau.

Perdana Menteri turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara MILDEF dengan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), iaitu sebuah agensi penyelidikan utama di bawah Kementerian Pertahanan.

MoA itu bagi memfokuskan usaha kepada pembangunan dua lagi platform kenderaan taktikal yang akan direka bentuk sepenuhnya dalam negara.

Artikel lain: Malaysia Perkukuh Status Hab Pertahanan Serantau Melalui LIMA’25 – Khaled

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anwar lancar RIBAT

Pada pemeteraian perjanjian tersebut, MILDEF diwakili Pengarah Urusannya Datuk Seri Mohd Nizam Kasa manakala PT PINDAD diwakili Sigit Puji Santosa, sementara STRIDE diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar, turut menyaksikan majlis mendatangani perjanjian berkenaan.

Sementara itu, MILDEF dalam kenyataan memaklumkan pelancaran tersebut mengesahkan kedudukan syarikat itu sebagai peneraju industri pertahanan darat negara, sekali gus menjadikannya sebagai pengeluar pertama kenderaan perisai taktikal nasional yang berjaya menembusi pasaran serantau dan antarabangsa.

MILDEF memaklumkan bahawa RIBAT dibangunkan jurutera tempatan dengan sokongan kemudahan kejuruteraan bertaraf industri di Seremban serta Sepang dan ia dilengkapi sistem perlindungan balistik modular dan direka untuk misi seperti rondaan, konvoi dan operasi khas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengarah Urusan MILDEF Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata pelancaran RIBAT bukan sahaja mencerminkan keupayaan industri tempatan, malah menjadi manifestasi kejayaan dasar kerajaan dalam memperkasakan ekosistem pertahanan yang berdikari dan berimpak tinggi.

“RIBAT merupakan hasil inovasi tempatan yang membuktikan bahawa Malaysia bukan sahaja mampu menjadi pengguna sistem pertahanan, tetapi pencipta teknologi strategik yang diyakini kerajaan dan komuniti global,” katanya.

Sejak penubuhannya pada 2005, MILDEF berkembang daripada sekumpulan jurutera muda menjadi pemain utama industri pertahanan nasional, dengan kejayaan membina pelbagai aset seperti kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV) Tarantula, Rentaka 4×4 dan kini HMLTV RIBAT.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd