Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Anwar Ibrahim Puji Filem Garapan Kisah Perjuangannya

Semalam, berlangsungnya tayangan perdana filem Anwar: The Untold Story yang mengangkat kisah perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kancah politik tanah air.

Suasana bertambah gamat dengan kehadiran Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain beliau meninggalkan pujian terhadap keseluruhan jalan cerita filem berkenaan.

“Saya menonton filem ini buat kali pertama tetapi selebihnya saya serahkan hak filem ini kepada penerbit. Filem ini bebas, kreatif dan jalan ceritnya juga temubual ramai orang. Sinematografi filem ini juga sangat baik,”ujarnya.

Anwar berkata, konteks yang diketengahkan dalam filem berkenaan adalah betul, namun sedikit sukar sekiranya terdapat pihak produksi mahu merumuskan kisahnya secara keseluruhan.

“Peristiwa puluhan tahun mahu disingkat dalam satu jam lebih sudah tentunya tidak mudah. Ia hanya boleh dilakukan dengan kecekalan, kepintaran dan pengalaman pihak produksi,”ujarnya lagi.

Tambah Anwar, dia bersikap terbuka dengan memberi ruang kepada penerbit dan pengarah filem untuk menggarap jalan cerita supaya menjadi lebih menarik.

“Disebabkan ini adalah hasil seni, maka daya cipta dan kreativiti itu harus ada. Kita berikan ruang agak bebas terhadap filem. Kerana saya percaya dalam pembikinan hasil kreatif harus diberikan sedikit ruang kebebasan.
“Prinsip seni ini harus lebih bebas untuk memastikan kreativiti seni itu tercungkil. Sebagai orang yang diceritakan, tentunya saya tersentuh,”kata Anwar.

NSTP/Eizairi Shamsudin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, isteri beliau meluahkan rasa syukur dan berharap agar filem berkenaan mampu menangkis persepsi negatif yang pernah dilemparkan terhadap suaminya selama ini.

Sekadar info, filem Anwar: The Untold Story menceritakan perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.

Filem sentuhan pengarah Indonesia Viva Westi itu dibintangi pelakon terkenal seperti Farid Kamil yang memegang watak utama sebagai Anwar dan Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad) dengan dibantu pelakon Indonesia seperti Acha Septriasa (Wan Azizah), Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Orang ramai boleh menonton filem yang menelan kos RM10 juta bermula 18 Mei ini di pawagam seluruh negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian

+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Lokal

Wanita yang menyimbah air pada pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) Jumaat lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Memetik laporan Kosmo! Online, Hakim Mahkamah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd