Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Pamela Tak Perlu Hadir Ke Malaysia, Keterangan Boleh Diambil Secara Video – Peguam

Anak-anak kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh tidak perlu hadir secara fizikal ke Malaysia untuk memberikan keterangan berhubung kes penculikan ibu mereka, kata peguam mewakili keluarga itu.

Menurut laporan Kosmo!, peguam Pamela Datuk N. Sivananthan berkata, polis boleh memilih alternatif lain seperti menjalankan sesi soal siasat melalui panggilan video atau hadir ke Singapura bagi mendapatkan maklumat daripada ketiga-tiga anak Pamela yang kini menetap di sana.

Foto: Media Sosial

“Anak-anak Pamela mungkin tak akan datang ke Malaysia lebih-lebih lagi selepas mengetahui ibu mereka telah diculik. Mereka mesti bimbangkan soal keselamatan.
“Kalau polis nak ambil keterangan, mungkin mereka boleh ambil melalui panggilan video atau datang ke Singapura,” katanya.

Difahamkan, ketiga-tiga anak mangsa yang berusia antara 18 hingga 20 tahun kini berada di bawah jagaan ahli keluarga serta kenalan rapat di Singapura.

Sebelum ini, polis menyeru beberapa individu termasuk anak-anak kepada Pamela agar tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Pamela, 42, dilaporkan hilang pada 9 April lalu ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Sun

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan kini menjurus kepada penglibatan suami mangsa bersama beberapa individu lain sebagai suspek utama dalam kes berkenaan.

Setakat ini, seramai 16 individu termasuk suami kepada Pamela telah dipanggil untuk dirakamkan keterangan oleh pihak polis.

Sumber: Kosmo! (Harrith Hisham)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd