Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Keluarga Dakwa Anak Meninggal Dunia Akibat Influenza A H1N1, Reda Terima Takdir Ilahi

Tular di media sosial perkongsian menyayat hati daripada waris kepada seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nurhan Eshan Bin Nakquiyuddin, yang didakwa menghidap Influenza A H1N1 sebelum meninggal dunia.

Menurut hantaran yang dimuat naik di akaun @Ujan Panas, keluarga arwah menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan anak mereka ketika dirawat. Namun, takdir Allah mendahului segalanya.

Pemergian kanak-kanak itu difahamkan berlaku dalam tempoh yang singkat selepas disahkan menghidap Influenza A H1N1.

INFLUENZA

FB: Ujan Panas

Kejadian yang berlaku secara mengejut itu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, namun mereka reda menerima ketentuan Ilahi walaupun kehilangan itu amat sukar untuk diterima.

Artikel lain: Positif Influenza A Ketika Hamil, Wanita Kongsi Pengalaman Perit – “Sakit Badan Dia Macam…”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkongsian penuh emosi itu, ibu bapa arwah turut meluahkan rasa reda dan syukur walaupun diuji dengan kehilangan insan tersayang pada usia yang begitu muda.

“Terima kasih ya Allah tuhan sekalian alam sebab dah pinjamkan Adek untuk kami sekeluarga walaupun sekejap. Peninggalan yang memberikan kesan dalam jiwa, pahit yang terpaksa ditelan.
“Belum puas kmk orag nak bermain dengannya tapi kami redha ya Allah.” tulisnya.

Pihak keluarga turut memohon agar hati mereka terus diberi kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian besar ini.

INFLUENZA

FB: Ujan Panas

“Ya Allah, tenangkanlah hati kami yang rindu pada anak syurga ini. Lapangkanlah dada kami untuk menerima hakikat yang telah tertulis.” ujarnya.

Perkongsian penuh emosi itu mengundang sebak ramai netizen yang turut menitipkan doa dan ucapan takziah buat keluarga arwah. Ramai menganggap kisah ini sebagai peringatan bahawa setiap pinjaman Allah, walau sekejap, tetap membawa makna yang besar.

Sumber: Facebook @Ujan Panas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd