Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hasrat Pasang Jeriji Tidak Kesampaian, Anak Maut Terjatuh Tingkat Empat

“Sehari sebelum kejadian, kami baru mohon bantuan untuk pasang jeriji… tapi sudah terlambat.”

Itu luahan pilu seorang ibu, Atikah Nabilah Mohd Ramli, 29, selepas anak sulungnya, Mohd Nasri Na’imullah Abdul Aziz, 12, yang juga seorang kanak-kanak autistik, maut selepas terjatuh dari tingkat empat rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cahaya Senibong, Sabtu lalu.

Kanak-kanak autistik jatuh tingkat empat

Kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 2 pagi ketika seisi keluarga sedang nyenyak tidur. Atikah dikejutkan oleh jiran yang datang mengetuk pintu dan memaklumkan kanak-kanak itu ditemui tidak sedarkan diri di bawah flat.

jatuh

Foto: Harian Metro

“Mohd Nasri tidur dengan adik-beradik, tapi mungkin dia bangun dan ke belakang rumah. Kami percaya dia cuba panjat tembok sebelum terjatuh,” katanya.

Suaminya, Mohamad Said Ahamad, 38, segera membawa Mohd Nasri ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan bantuan ambulans.

Mangsa dimasukkan ke zon merah sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami pendarahan teruk di kepala.

Artikel lain: Kanak-Kanak Autistik Lemas, Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Sungai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, pada pagi Ahad, pasangan itu menerima panggilan dari pihak hospital memaklumkan keadaan Mohd Nasri semakin kritikal. Mohd Nasri disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari yang sama dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai.

Lebih menyayat hati, Atikah berkongsi bahawa mereka sudah merancang untuk memasang jeriji di rumah sebagai langkah keselamatan tambahan, terutama kerana arwah adalah seorang kanak-kanak istimewa.

“Kami duduk di rumah ini sejak Februari tahun lepas. Suami pernah minta sebut harga untuk pasang jeriji, lebih kurang RM1,500. Tapi sebab kewangan tak mengizinkan, kami terpaksa tangguh dulu,” ujarnya.
jatuh

Foto: BH

Pasangan itu turut memohon bantuan kewangan bagi pemasangan jeriji sehari sebelum kejadian, namun semuanya sudah terlambat.

Keluarga berkenaan menerima kunjungan Ketua Kampung Kuala Masai, Zamzuri Ali, serta Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Zon Cendana, Ishak Mohd Yusoff, yang hadir menyampaikan takziah dan sokongan moral.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Raub Selamat, mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mary Victoria Dass)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd