Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Al Ghazali Tak Jadi Kahwin Dengan Kekasih, Dapat Jawapan Selepas Solat Istikharah

Siapa sangka hubungan cinta yang sudah dijalani hampir enam tahun terputus ditengah jalan walaupun sudah merancang untuk ke satu tahap yang lebih serius.

Enam tahun menyulam cinta

Perkara tersebut samalah seperti yang terjadi kepada anak komposer Indoensia terkenal, Ahmad Dhani iaitu Al-Ghazali apabila memaklumkan hubungan cintanya dengan kekasihnya Alyssa Daguise sudah berakhir.

 

Solat istikharah minta petunjuk

Menerusi laporan dari Tribunnews.com memetik dari perkongsian ibu kepada Al-Ghazali, Maia Estianty  di saluran YouTube mereka, dia telah memaklumkan punca mengapa anak sulungnya putus cinta dengan Alysaa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut selebriti berkenaan, Al-Ghazali atau mesra disapa Al telah membuat solat istikharah meminta petunjuk dan mendapat jawapan tentang hubungan mereka.

“Sebenarnya Al Ghazali kemarin sudah mempersiapkan sesuatu yang besar untuk mantannya karena hendak bener-bener serius,” kata Maia, dikutip dari YouTube MAIA ALELDUL TV.
“Maka disuruh salat istikharah. Pas shalat istikharah ada jawaban dari Allah, akhirnya pisah ya,” sambung Maia.

Sudah ikhlaskan

Dalam pada itu, Al juga mengakui pada awalnya dia merasakan putus cinta selepas enam tahun bersama begitu berat dan menyakitkan, namun kini dia sudah pasrah dengan apa yang terjadi.

“Aku pasrah aja sama Tuhan, udah ikhlas,” ucap Al Ghazali.
“Awalnya memang terasa kehilangan cuma apabila banyak yang memberi sokongan tidak lagi rasa begitu,” ujarnya.

Difahamkan, aktor kacak ini telah pun menamatkan hubungan dengan bekas kekasihnya kita-kira enam bulan lalu selepas tiada lagi perkongsian terbaru dirinya bersama Alysaa di sosial medianya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Untuk makluman, Al Ghazali dan Alyssa sudah menjalinkan hubungan cinta selama enam tahun dan kisah percintaan mereka sering menjadi perhatian umum sehingga dikatakan sudah berkahwin secara senyap.
+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Bisnes

Takhta ‘Raja Jalanan’ yang dipegang Perodua Myvi sejak pelancarannya pada 2005 dikatakan telah diambil alih pesaing yang tidak dijangka, Perodua Bezza tahun ini. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd