Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Akses Terus Pelancong! LTSIP Lebar Sayap, Kini Jadi Laluan Baharu AirAsia Hubung Jakarta-Kota Bharu

Negeri ini mula mencuri perhatian pelancong Indonesia apabila seramai 118 pengunjung dari Jakarta tiba di Kelantan menerusi penerbangan sulung laluan terus Jakarta–Kota Bharu pada Selasa, sekali gus membuka lembaran baharu sektor pelancongan negeri.

Perkembangan itu disifatkan sebagai petanda positif kepada industri pelancongan Kelantan selepas pelancaran laluan baharu berkenaan oleh AirAsia, yang kini menunjukkan peningkatan permintaan memberangsangkan dalam kalangan pelancong luar negara.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Kamarudin Md Nor berkata, sambutan yang diterima adalah jauh lebih baik daripada jangkaan awal apabila jumlah penumpang dari Jakarta meningkat mendadak hasil promosi giat yang dijalankan di Indonesia.

“Ini satu permulaan yang sangat baik dan saya yakin jumlah pelancong ke Kelantan akan terus meningkat pada masa hadapan,” katanya pada sidang akhbar sempena Program Sambutan Pelancong Penerbangan Sulung Jakarta–Kota Bharu di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada Selasa.

Menurut beliau, sebelum ini terdapat kebimbangan laluan tersebut kurang mendapat sambutan, namun usaha promosi dan pendedahan produk pelancongan Kelantan di Jakarta berjaya menarik minat rakyat Indonesia sehingga mencatat lonjakan ketara daripada hanya empat penumpang kepada 118 orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, laluan Kota Bharu–Jakarta yang beroperasi empat kali seminggu kini menunjukkan prestasi stabil dengan kadar tempahan semakin meningkat, sekali gus memberi keyakinan terhadap potensi jangka panjangnya.

Artikel lain: Tambah 400 Meter, PM Umum LTSIP Bakal Jadi Lapangan Terbang Antarabangsa

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut menyasarkan Kota Bharu untuk dijadikan hab penerbangan antarabangsa ke beberapa destinasi utama ASEAN termasuk Bangkok, Ho Chi Minh City dan Guangzhou, sekiranya laluan sedia ada terus mencatat kejayaan.

Sementara itu, Kamarudin memaklumkan harga tiket pergi balik bagi laluan berkenaan sekitar RM400 hingga RM500 jika ditempah awal, manakala kadar tempahan untuk dua minggu akan datang turut mencecah kira-kira 70 peratus, mencerminkan permintaan yang semakin kukuh terhadap laluan baharu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd