Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Ahmad Zahid Harap 2025 Lebih Kejayaan, Komited Kurangkan Jurang Pembangunan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi harap kehadiran tahun baharu 2025 dapat membuka lembaran kemajuan yang lebih gemilang, penuh kejayaan selain memberi nikmat dan kemakmuran kepada rakyat dan negara.

Memetik laporan Berita Harian, Ahmad Zahid dalam ucapan sempena Sambutan Tahun Baharu 2025 turut mengimpikan pelbagai kejayaan yang membawa perubahan positif sepanjang tempoh 2024, akan membuahkan hasil pada tahun berikutnya.

Ahmad Zahid harap 2025 lebih banyak kejayaan

Ahmad Zahid Harap 2025 Lebih Kejayaan

Foto: Berita Harian

“Saya amat berbangga dan bersyukur dengan kejayaan yang kita capai sepanjang tempoh 2024, sudah banyak membawa perubahan positif, terutama dalam mempertingkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya kepada pembangunan negara bangsa Malaysia.
“Semoga 2025 membawa lebih banyak kejayaan, kemakmuran dan kebahagiaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi, selamat Tahun Baharu 2025,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata kerajaan sentiasa komited untuk mengurangkan jurang pembangunan antara bandar serta luar bandar, memandangkan semua rakyat berhak menikmati kemudahan dan peluang yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut memberi jaminan untuk memastikan keselamatan seluruh rakyat di negara ini yang terjejas dengan kejadian banjir atau bencana lain.

Artikel lain: Pertuduhan VLN: Ahmad Zahid Kekal Lepas, Bebas

“Kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan agensi lain sentiasa komited untuk memastikan risiko kehilangan nyawa dan harta benda dapat dikurangkan.
“Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, kita akan dapat mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun ini,” ujarnya.

Mengimbau kejayaan dilakar pada 2024, Ahmad Zahid berkata Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pembangunan ekosistem halal adalah antara sorotan terbaik yang boleh dibanggakan.

“TVET dan pembangunan ekosistem halal dibangunkan untuk menjadikannya lebih komprehensif.
“Bagi perdesaan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah berjaya menjadikan pembangunan infrastruktur lebih mampan.
“Selain itu, penambahbaikan kemudahan asas serta penyediaan peluang ekonomi lebih luas melalui inisiatif dan usaha bersama komuniti setempat,” katanya.
Sumber: Berita Harian (Muhammad Yusri Muzamir)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd