Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ahmad Samsuri Miliki Imej Sederhana Berbanding Pemimpin PAS Lain – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kemenangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman baru-baru ini.

Ahmad Samsuri miliki imej sederhana

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Malaysia Gazette, Anwar berkata kemenangan itu sekali gus dapat memberikan kelegaan kepada sistem demokrasi negara ini.

Beliau berkata, jika dibandingkan dengan pemimpin PAS lain yang lebih esktrem, Ahmad Samsuri miliki imej sederhana dalam kepimpinan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tak Mungkin Malaysia Berubah Jadi Negara Sekular – Asyraf Wajdi

Pada masa sama, beliau berharap dengan kejayaan tersebut ia dapat menurunkan suhu politik yang tinggi sepanjang kempen PRK berlangsung.

“Saya ucapkan tahniah kepada Dr Samsuri dan mudah-mudahan dapat menjalankan tugas dengan baik.

Foto: Free Malaysia Today

“Dari segi negara, ia sekurang-kurangnya memberi kelegaan dari segi negara kerana imej yang sederhana daripada sikap kepimpinan PAS yang jauh lebih ekstrem.
“Mudah-mudahan dapat meredakan suhu politik yang terlalu panas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023 di Putrajaya, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai info, Ahmad Samsuri telah menewaskan Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor wakil Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS itu berjaya memperoleh 64,998 undi manakala Raja Mohamed Affandi mendapat jumlah undi sebanyak 27,778.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohammad Arif Nizam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Dunia

Tentera Iran pada Sabtu mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz hanya beberapa jam selepas ia dibuka, ketika lebih sedozen kapal dagang sedang melalui laluan maritim...

Lokal

Seorang anggota polis yang didakwa melakukan pencerobohan dan khianat terhadap rakan setugas dikenakan hukuman denda RM1,000 serta perintah berkelakuan baik selama dua tahun selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd