Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ahli Parlimen Titiwangsa Dedah, Minyak Masak Peket Diseleweng Buat Biodiesel

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johar Abdul Ghani mendedahkan berlakunya aktiviti penyelewengan terbaharu melibatkan minyak masak peket bersubsidi di negara ini.

Memetik laporan Kosmo! Online, beliau berkata, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab membeli minyak masak peket bersubsidi untuk dibuat biodiesel.

Difahamkan, ia diseleweng kerana harga bahan bersubsidi itu jauh lebih murah daripada minyak masak kitar semula.

“Dulu, ketirisan ini (minyak masak peket membabitkan) di eksport ( ke luar negara. Kemudian, kita tahan dan dapat atasai soal eksport. 
“Kemudian, kita jumpa pula penyelewengan pemborong dapat minyak peket, jual kepada syarikat-syarikat mikro dengan harga yang tinggi.
“Maka, sasaran subsidi tidak berlaku. Akhir-akhir ini, ada orang beli minyak peket untuk dibuat biodiesel kerana minyak masak kitar semula lagi tinggi daripada harga dalam peket,”katanya.

minyak masak peket

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab lisan membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNK), hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi membendung perkara tersebut berlaku, Johari mencadangkan kepada kerajaan supaya subsidi minyak masak kepada golongan bersasar itu dibuat dengan kaedah pemindahan tunai bagi mengelakkan ketirisan terus berlaku.

Cadangan itu dipersetujui oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh memandangkan penyasaran subsidi bermula tahun depan dan ia turut melibatkan subsidi minyak masak.

“Apabila kita terima data daripada Pangkalan Data Utama (PADU), kita akan berada pada satu kedudukan di mana kita boleh melaksanakan penyasaran susidi minyak masak.
“Saya setuju apa yang Yang Berhormat Titiwangsa cakap ada ketirisan dan pemindahan tunai mungkin cara terbaik. Mekanisme belum kita tuntaskan, tetapi itulah arah dan hala tuju kita,” kata Fuziah Salleh.

minyak masak peket

Artikel lain: Program Jualan Rahmah Antara Punca Kekurangan Minyak Masak Bersubsidi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd