Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Tahniah Atas Kejayaan Michelle Yeoh Pada Anugerah Golden Globe

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas kejayaan melakar sejarah, sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada aktres kelahiran Ipoh, Perak itu.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara, baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Yeoh, yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/pfbid02eoUR7yKFGoSEoApFsw2GaD6L4Hj1Pv5URhaNexbHy7A7krnTzocFcPd8gi9bbj5Al

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selain itu, ia juga sekali lagi membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat antarabangsa,” menurut Istana Negara.

Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Yeoh dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

Aktres berusia 60 tahun itu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal atau Komedi menerusi filem lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Yeoh menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd