Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

AGC Tolak Satu Representasi PU Azman, Sudah Hafal Satu Juzuk Al-Quran Di Penjara

Representasi yang dikemukakan penceramah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman, 43, salah satunya telah ditolak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan kes pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, di Mahkamah Sesyen, Seremban hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi menyatakan representasi membabitkan mangsa lelaki berusia 17 tahun ditolak AGC dan akan diteruskan untuk perbicaraan dengan pertuduhan asal, manakala representasi bagi mangsa lelaki berusia 16 tahun sudah diterima.

Jabatan Peguam Negara menolak satu daripada dua representasi yang dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.

Foto: Sinar Harian

Manakala, peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah yang mewakili PU Azman, memohon tarikh singkat kepada mahkamah bagi berbincang dengan anak guam mengenai arahan seterusnya berhubung keputusan representasi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember depan untuk sebutan bagi status kes tertuduh di Penjara Kajang.

Peguam PU Azman cadang kemuka representasi - Utusan Malaysia

Foto: Utusan Malaysia

Mohamad Zahid ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau tidak dapat mendedahkan secara terperinci keputusan representasi menghormati mahkamah dan berkongsi perkembangan terbaharu PU Azman yang berada dalam keadaan sihat di Penjara Kajang.

“PU Azman pesan supaya doakan dia… Alhamdulillah dia okay di Penjara Kajang dan hikmah di sebaliknya dia maklumkan sudah hafal satu juzuk di sana,” katanya.

Peguam PU Azman cadang kemuka representasi - MalaysiaPost

Foto: MalaysiaPost

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, PU Azman atau mesra disapa Cik Man dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban pada 12 Oktober 2022 atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.

Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja berusia 16 dan 17 tahun itu dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan dua tahun lalu pada 27 September lalu.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd