Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Adik Arwah Zayn Rayyan Kembali Ke Pangkuan Bapa Lepas 18 Bulan

Selepas 18 bulan dijaga oleh nenek saudara dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kanak-kanak berusia enam tahun, adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, akhirnya dipulangkan kepada bapanya, Zaim Ikhwan Zahari, setelah Mahkamah Majistret pada Jumaat membenarkan permohonan berkenaan.

Bapa memeluk adik arwah Zayn Rayyan

Memetik laporan daripada Sinar Harian,  Zaim Ikhwan, 30, terus memeluk anak keduanya selepas mendengar keputusan tersebut sambil diperhatikan ahli keluarga termasuk ibu bapanya, Zahari Mohd Reba dan Hasni Zakaria.

Kanak-kanak yang menghidap autisme itu kelihatan ceria ketika didukung selepas prosiding selesai.

“Alhamdulillah, keputusan ini menjadi penguat semangat untuk kami terus berjuang,” kata Zaim Ikhwan ketika ditemui di luar mahkamah.

Kredit foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah beri syarat perlu dipatuhi bapa Zayn Rayyan

Peguam Lavanesh Haresh Mahadevan, yang mengendalikan kes pengabaian tersebut, menyatakan Mahkamah Majistret, Ameera Mastura Khamis, memutuskan permohonan bapa kandung itu selepas meneliti kes, namun meletakkan 14 syarat yang perlu dipatuhi oleh Zaim Ikhwan.

Antaranya termasuk memastikan kanak-kanak itu tidak ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan, tiada kes penganiayaan atau pengabaian berlaku, dan memastikan anak itu mendapat pendidikan serta terapi sewajarnya.

“Mereka dikehendaki tinggal di alamat yang dinyatakan dalam perintah mahkamah namun jika mahu berpindah, perkara ini perlu dimaklumkan kepada JKM,” jelasnya.

Kredit foto: Sinar Harian

Jika syarat dilanggar, pihak pelindung JKM boleh mengambil semula kanak-kanak itu dan menempatkannya di institusi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Permohonan ini dibuat kerana Zaim Ikhwan telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 21 Julai lalu, sekali gus menghapuskan keperluan JKM mengekalkan hak penjagaan sementara anak itu kepada keluarga saudara.

Pihak pembelaan juga bercadang memfailkan permohonan bagi membatalkan 14 syarat yang dikenakan.

Bapa keada Zaim, Zahari pula berkata cucu lelakinya itu pasti merindui kasih sayang ibu bapa sejak ditempatkan di rumah saudara.

“Dia mesti merindui kasih sayang dan pelukan kedua ibu bapanya sejak ditempatkan di rumah saudara, 18 bulan yang lalu. Saya percaya, setiba di rumah kelak, dia mesti menjadi ‘Mommy’ (Ismanira) malah sebelum ini, dia sering mencari kelibat Zayn Rayyan,” katanya.

Kredit foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Semoga Pelaku Anak Saya Dibinasakan Allah — Luahan Ibu Zayn Rayyan

Sebelum ini, hak penjagaan sementara adik arwah diserahkan kepada nenek saudaranya bermula 9 Ogos 2024 melalui rundingan antara JKM Selangor dan ibu bapa kanak-kanak di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

Pada 21 Julai, Zaim Ikhwan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas kes pengabaian anak sulungnya, manakala ibu, Ismanira Abdul Manaf, dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 31 Oktober lalu.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlina Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa seseorang pemimpin yang berbohong kepada rakyat bukan sahaja melakukan dosa, malah dianggap mengkhianati kepentingan negara. Pertahan pencapaian pentadbiran...

Nasional

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd