Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Adele Sahkan Perkahwinan? Tayang Cincin Kepada Peminat

Pernikahan Adele bersama pemilik kelab bola keranjang Klutch Sports Group, Rich Paul disahkan selepas penyanyi itu menayangkan cincin perkahwinan ketika menonton sebuah perlawanan bola keranjang baru-baru ini.

Sebelum ini, Adele berseloroh mengumumkan bahawa dia telah berkahwin  dengan Paul ketika menghadiri rancangan komedi rakannya, Alan Carr, lapor Daily Mail.

Pada masa sama, beberapa penonton lain mendedahkan mereka juga turut berada di rancangan komedi yang sama dan duduk berhampiran dengan Adele.

Artikel lain: Adele Sudah Jatuh Tersungkur! Lisa Blackpink Pula Kuasai Carta ITunes

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penonton itu berkata ketika hos rancangan tersebut, Carr bertanya siapa di antara penonton yang baru berkahwin dan Adele menjerit berkata dia baru bernikah.

Selepas menjalani hubungan cinta selama dua tahun, akhirnya pasangan tersebut mengumumkan pertunangan mereka pada awal tahun ini.

Adele Sahkan Perkahwinan

Ketika menghadiri perlawanan antara kelab LA Lakers dan Dallas Marvericks di Los Angelas pada Rabu lepas, Adele sedaya upaya menyorokkan cincin tersebut.

Namun begitu, media berjaya mengambil gambar cincin perkahwinan penyanyi berusia 35 tahun itu ketika dia menutup mulutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika perlawanan terbabit, Adele dan Paul kelihatan sangat intim apabila pemilik kelab bola keranjang berusia 41 tahun itu beberapa kali menahan tawa setiap kali penyanyi itu membisikkan sesuatu kepadanya.

Menurut Paul, Adele merupakan seseorang yang sangat baik dan penyanyi itu banyak membantunya disamping berkata mereka sangat serasi.

Sekadar info, Adele dan bekas suaminya, Simon Konecki mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Januari 2021 selepas tidak tinggal bersama selama dua tahun.

Sumber: Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd