Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Aaron, Mohd Na’im Kutuk Semua Insiden Polemik Perkauman Dan Agama

Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengutuk sekeras-kerasnya kesemua insiden polemik perkauman dan agama yang boleh menganggu gugat keharmonian rakyat.

Menerusi satu kenyataan, kedua-dua menteri berkenaan memberikan amaran tegas kepada masyarakat agar tidak mencetuskan polemik perkauman yang lampau sehingga mewujudkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia.

Foto: JAKIM

“Sejak beberapa minggu ini, negara terus menerus dilanda dengan pelbagai insiden berhubung sentiviti agama dan perkauman termasuk baru-baru ini di KK Mart, Kuching yang disebabkan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab,” katanya pada Selasa.

Mereka juga berkata, pihak yang terlibat dalam insiden-insiden atau yang memulakan mencetuskan polemik perlu dihukum dengan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar undang-undang untuk di bawa ke muka pengadilan,” ujar mereka.

Foto: FB Dato’ Setia Dr Na’im

Aaron dan Mohd Na’im turut mengulangi pendirian menggesa supaya tiada pihak mencetuskan perkara yang menyentuh sensitiviti agama sekali gus mematuhi Perlembagaan Persekutuan negara.

“Masyarakat perlu sentiasa memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang merupakan tanggungjawab setiap rakyat bagi melindungi serta mempertahankan kestabilan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman perbalahan, provokasi serta permusuhan,” tambahnya lagi.

Mereka juga menggesa agar semua pemimpin parti politik berhenti memanjangkan isu KK Mart kerana kenyataan-kenyataan yang berterusan dan melulu akan menyebabkan situasi menjadi lebih keruh.

Foto: FB Aaron Ago Dagang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan terdapat sebuah premis KK Super Mart di Kuching dibaling dengan Molotov Cocktail (bom petrol) yang dikaitkan dengan isu stoking kalimah Allah yang dijual di salah satu premis KK Mart di Selangor.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd