Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

86 Peratus Rakyat Malaysia Mahu Kerja Hanya Tiga Hari Seminggu Di Pejabat

Data penyelidikan Randstad Workmonitor 2024 melaporkan bahawa sebanyak 86 peratus rakyat Malaysia yang bekerjaya memilih untuk bekerja hanya tiga hari sahaja dalam seminggu di pejabat.

Menurut satu laporan Utusan, Pengarah Negara di Randstad Malaysia, Fahad Naeem berkata, fleksibiliti di tempat kerja perlulah merangkumi semua aspek seperti pengaturan kerja yang pelbagai mampu menggalakkan ekuiti pekerja.

Foto: Free Malaysia Today

“Walaupun majikan tempatan menetapkan keperluan kehadiran pejabat yang lebih ketat, pemahaman yang saksama tentang fleksibiliti dan kepelbagaian, menyedari bahawa pengalaman pekerja melangkaui tempat dan masa mereka bekerja,” katanya.

Beliau juga berkata, ramai rakyat di negara ini memaklumkan bahawa mereka boleh bekerja dengan lebih produktif dari rumah, berikutan pernah melakukannya semasa pandemik Covid-19 empat tahun lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pekerja Malaysia berpendapat jika perlu bekerja di pejabat, mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh ke tempat kerja.
“Mereka yang mencari pekerjaan sanggup menolak jawatan bergaji tinggi yang memerlukan kehadiran di pejabat setiap hari ekoran faktor yang memakan kos dan masa mereka,” ujar beliau.

Naeem turut memberitahu sebanyak 52 peratus rakyat Malaysia tidak akan menerima sesuatu pekerjaan sekiranya syarikat tersebut tidak proaktif dalam meningkatkan kepelbagaian dan ekuiti.

“Walaupun ekuiti, kepelbagaian dan kemasukan mungkin tidak selalu menjadi keutamaan apabila mencari pekerjaan baharu, ia telah menjadi semakin penting kepada pencari kerja moden,” tambahnya lagi.

Foto: Sintef

Sebelum ini, Randstad Workmonitor melalui tinjauan yang melibatkan 517 responden terdiri daripada pekerja di Malaysia mendapati 39 peratus daripada mereka sanggup berhenti kerja sekiranya dipaksa bekerja dengan lebih kerap di pejabat.

Hasil penyelidikan tersebut juga melaporkan bahawa generasi muda daripada Gen Z (49 peratus) dan Milenial (47 peratus) memiliki peratusan tertinggi dengan hampir separuh menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, seramai 52 peratus rakyat Malaysia melaporkan majikan mereka menjangkakan pekerja perlu bekerja lebih masa di pejabat sekali gus memberikan tekanan kepada pekerja.

Sumber: Utusan (Catherine Irene Milton)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd