Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

71,290 Calon Lepasan STPM, Setaraf Berjaya Ditawarkan Tempat Ke Universiti Awam

Seramai 71,290 (77.4%) calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf (STAM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma) telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam dan sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, pihaknya telah menerima 105, 424 permohonan dari calon yang layak dan kemasukan pelajar ke institusi-institusi pengajian dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

71,290 calon lepasan STPM dan setaraf berjaya ditawarkan tempat ke Universiti Awam

Calon Lepasan Ditawarkan Ke Universiti Awam

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, bagi calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian,  Kementerian telah membuka saluran peluang keldua melalu proses rayuan di UPUOnline.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Lelaki Maut Dipercayai Jerut Leher Sendiri, Tertekan Bertengkar Dengan Isteri

Calon boleh membuat rayuan dalam tempoh 10 hari, bermula daripada 6 September 2024 pada jam 12 tengah hari sehingga 15 September 2024 pada jam 5 petang.

Dalam pada itu, Kementerian juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya disamping berharap peluang menyambung pengajuan di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaik mungkin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd