Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

22 Rohingya ditahan JPJ Melaka, Paling Ramai Langgar Peraturan Jalan Raya

Seramai 22 warga Rohingya ditahan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Ops Pewa) yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka hari ini, menjadikan mereka kumpulan warga asing paling ramai dikesan melakukan kesalahan jalan raya dalam operasi berkenaan.

Tunggang motosikal & memandu tanpa lesen

Menerusi perkongsian di Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop menyatakan, jumlah itu mengatasi warga Pakistan seramai 10 orang, Bangladesh (9), Indonesia (5) dan Vietnam (2) yang turut dikenakan tindakan dalam operasi sama.

Menurut beliau, kebanyakan warga Rohingya yang ditahan didapati menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa lesen memandu yang sah selain tidak mempunyai perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

“Untuk operasi hari ini sahaja, warga Rohingya merupakan kumpulan paling ramai ditahan majoritinya menunggang motosikal atau memandu kenderaan tanpa lesen selain tidak mempunyai perlindungan insurans dan lesen kenderaan motor (LKM) yang sah.
“Kebanyakan mereka menggunakan motosikal dan kenderaan milik warga tempatan untuk tujuan bekerja serta menjalankan perniagaan,” katanya.

Kampung Limbongan lokasi tumpuan

Beliau memaklumkan, kawasan sekitar Kampung Limbongan dikenal pasti sebagai antara lokasi yang kerap menjadi tumpuan warga Rohingya dan menjadi fokus utama penguatkuasaan berdasarkan risikan serta pemantauan pihak JPJ.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, kawasan Merlimau dan Melaka Sentral turut dikenal pasti sebagai laluan utama yang sering digunakan oleh warga asing.

“Kita tahu laluan yang sering mereka gunakan dan sebab itu penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan terbabit.
“Setakat semalam, JPJ Melaka telah memeriksa 2,322 kenderaan dalam pelbagai operasi penguatkuasaan melibatkan warga asing dengan 774 kenderaan diambil tindakan, 177 disita dan 951 notis dikeluarkan,” katanya.

Berdasarkan statistik keseluruhan dari 1 Januari hingga 9 Jun lalu, warga Indonesia merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 52 kes, diikuti Pakistan dengan 42 kes dan Bangladesh sebanyak 38 kes.

Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd