Connect with us

Infozon

Meninggal Dihempap Pokok, Ayah Kendong Anak Kali Terakhir Cetus Hiba

Setiap pasangan yang berkahwin pasti sangat teruja untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka. Pengalaman seperti ini sudah tentunya memberikan satu memori yang sangat manis kepada pasangan suami isteri yang sedang hidup melayaro bahtera rumah tangga,.

Namun, tidak sah jika sesebuah hubungan ataupun rumah tangga itu diuji dengan pelbagai dugaan. Ujian pula didatangkan dengan pelbagai bentuk seperti kewangan, kesihatan, nyawa, kepercayaan dan juga banyak lagi.

Kehilangan anak pertama!

Seorang lelaki dikenali sebagai Endi, telah diuji dengan hebat apabila dia bersama keluarga kecilnya terlibat dalam kemalangan. Kemalangan ini telah melibatkan Endi, isteri dan anaknya yang baru lahir yang parah dihempap pokok tumbang.

Kecelakaan ini dilaporkan telah terjadi di Jalan Wates Jogja, Indonesia. Agak menyedihkan apabila anak pertamanya terkorban dalam kemalangan tersebut.

“Petama kali gendong dan terakhir gendong…”

Ramai yang dilihat turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Endi dan isterinya ini. Bertambah meruntun jiwa apabila Endi memuat naik menggendong anaknya itu buat kali yang terakhir.

Rakyat Indonesia kini sedang berusaha untuk membantu Endi untuk biayai rawatan perubatan isterinya. Takziah diucapkan kepada Endi dan isteri diatas pemergian permata pertama dalam hidup mereka.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending