Connect with us

Infozon

Menghidap Diabetis, Belang Dicucuk Insulin Seperti Manusia

Penyakit kencing manis atau diabetis merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan kandungan gula dalam darah.

Tahukah anda, selain manusia kucing juga boleh menghidp penyakit kencing manis.


Tular satu video di Facebook, seekor kucing bernama Belang bersedia untuk di cucuk insulin.

Menjadi rutin buat Atuk, penjaga Belang untuk mengambil ujian kandungan gula dalam darahnya.

Seperti pesakit diabetis manusia, Belang juga mesti dicucuk insulin jika paras gula dalam darahnya tinggi.

 

Advertisement

Belang kelihatan seperti sudah biasa dengan rutin itu ekoran telah lama menghidap penyakit itu sejak tahun 2018.

Mengikut pemilik Facebook Amiza Amiruddin, jika Atuk terlewat Belang biasanya akan mengiaw dan mengingatkan Atuk untuk mencucuk insulinnya.

Bercakap mengenai penyakit itu, diabetis yang dihidapi menyebabkan Belang tidak berselera untuk makan sehingga menyebabkan dirinya menjadi kurus.

Belang juga pernah dimasukkan ke wad akibat dari hypoglycemia iaitu kandungan gula dalam darah yang terlalu rendah dan diserang sawan.

Kebanyakkan dari pencinta kucing mengaggap kucing peliharaan sebagai sebahagian daripada keluarga. Begitulah juga kasih Atuk kepada Belang.

Advertisement

Semoga Belang terus kuat dan sembuh dari penyakit Diabetis yang dihidapinya.

Sumber: FB Amiza Amiruddin

 

Continue Reading
Advertisement

Trending