Infozon
Kelas Makin Kosong, Pelajar Gaza Letak Potret Rakan Syahid Ubati Rasa Duka

Rakan sekelas adalah individu yang paling kerap kita bertemu kerana hampir setiap hari menghadap muka mereka. Sudah tentu rasa kasih dan sayang terhadap teman-teman akan muncul disebabkan sering melakukan aktiviti harian bersama.
Rakan sekelas bukan sahaja teman kita menimba ilmu di dalam bilik darjah, malahan juga teman kita bermain dan bergurau senda.
Namun, perkara tersebut tidak berlaku di bilik darjah sekolah di negara bergolak seperti di Palestin. Pasti sahaja hampir setiap hari mereka akan kehilangan seorang demi seorang teman sekelas akibat daripada kerakusan Israel.
Letak potret kawan sebagai ganti
Menerusi laman sosial Twitter, satu gambar menunjukkan potret kanak-kanak yang meninggal dunia diletakkan dibangku tempat dia menimba ilmu telah tular.
Lebih menghibakan adalah wajah sugul rakan-rakan yang meratapi pemergian temannya itu kerana kehilangan teman dalam waktu yang tidak terduga.
Satu demi satu meninggal dunia
Tambah sumber lagi, perkara tersebut adalah biasa dan setiap hari mereka menyaksikan satu demi satu rakan mereka pergi meninggalkan mereka dan menyebabkan semakin berkurangan jumlah teman sekelas.
Wajah sugul hadir ke sekolah
Kesan daripada penindasan rejim Zionis terhadap Tebing Barat Palestin, anak-anak Gaza hilang teman bermain dan dapat kita saksikan wajah-wajah sugul mereka hadir kesekolah hanya untuk menerima khabar kematian rakan tersayang.
Hanya gambar yang tertera wajah kanak-kanak tak berdosa itu sahaja menjadi pengganti jasad mereka yang telah syahid itu sebagai ganti kepada kerinduan rakan yang lain.
Sumber : Hadeela

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit