Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kehilangan Jia Hui: Tiga Individu Ditahan, Kes Diklasifikasi Sebagai Culik

Polis menahan tiga individu warga tempatan termasuk seorang wanita berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, ketiga-tiga individu tersebut berumur dalam lingkungan antara 28 hingga 55 tahun ditahan di sekitar Gelang Patah pada jam 1.30 petang semalam.

Foto: FB Polis Johor

“Tangkapan telah dibuat terhadap dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau juga berkata, kes kehilangan kanak-kanak berbangsa Cina itu juga sudah diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Polis Johor mengesahkan bahawa kita telah mengklasifikasikan semula laporan polis yang diterima mengenai kes kehilangan itu kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah,” ujarnya.

Foto: Media sosial

Kumar turut menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

“Sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan ke talian hotline Polis Johor di talian 019-2792095 atau talian Bilik Gerakan 07-2212999,” tambah beliau lagi.

Menurut satu laporan Berita Harian pula, siasatan kes berkenaan masih dijalankan dan ketiga-tiga individu tersebut akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman hari ini.

“Kanak-kanak itu juga setakat ini masih belum ditemui,” katanya dalam laporan.

Foto: Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Albertine Leo Jia Hui yang berketinggian kira-kira 120 sentimeter dengan rambut panjang berwarna hitam, berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana dilaporkan hilang oleh bapanya kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu.

Kanak-kanak berkenaan memakai baju T putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan seluar pendek pada hari terakhir sebelum disedari hilang.

Sumber: Facebook Polis Johor, Berita Harian (Izz Laily Hussein)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd