Connect with us

Infozon

Kapal Terbang Penuhi Lapangan Singapura, Dibiarkan Sementara Akibat Covid-19

Wabak Covid-19 semakin menular dan kes jangkitan semakin meningkat di beberapa negara membuatkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tidak terkecuali negara jiran iaitu Singapura. Sejak notis pendek melarang pengunjung luar masuk ke negara itu, lapangan terbang Changi kelihatan seperti satu lokasi yang ditinggalkan.

Ini berikutan Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) dan Scoot mengesahkan bahawa pihak pengurusan memberhentikan hampir semua jadual penerbangan mereka.

Seorang pengguna di Facebook berkongsi gambar yang membuat ramai sebak dimana situasi menunjukkan beberapa kapal terbang terbengkalai di lapangan terbang Changi.

Penerbangan Singapura sedang menghadapi kemelut ekonomi kerana Singapura merupakan negara yang menjadi tarikan pelancong di seluruh negara. Pendapatan negara itu juga banyak bergantung kepada industri pelancongan.

Lapangan terbang Changi dan Syarikat Penerbangan Singapura menanggung impak besar dengan pengumuman pendapatan akan dipotong untuk pengurusan jawatan tertinggi.

Sumber: Mustsharenews

Continue Reading
Advertisement

Trending